Falling Object

Wednesday 3 October 2012

SEJARAH KOTA MARUDU




Assalamualaikum..

Saya sebenarnya sudah lama tertanya-tanya mengenai sejarah Kota Marudu. Cari punya cari akhirnya terjumpa info mengenai sejarah dan asal-usul nama Kota Marudu.

Daerah Kota Marudu merupakan sebuah pecahan pusat pentadbiran peringkat daerah yang terletak dalam negeri Sabah. Sabah dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).
Kota Marudu terletak di Bahagian KudatSabah.

SEJARAH
Marudu berasal dari bahasa salah satu suku kaum di Sabah. Kata "MARUDU" berasal dari bahasa orang-orang BALANINI iaitu dari kata"MAIRUDU" atau MAIULUDU"yang dalam bahasa Melayu membawa maksud " suatu kedudukan di situ-situ juga". Orang-orang Balanini yang mendiami perairan Teluk Marudu dan melakukan aktiviti menangkap ikan dan perdagangan laut di perairan Marudu sering kali belayar dari Limau-limauan Kudat menyusuri teluk Marudu hingga ke Kg telaga Pitas . Apabila mereka belayar balik ke seberang teluk di Limau-limauan mereka akan melalui jalan pintas atau menyeberangi Teluk Marudu dan bukan lagi menyusuri Teluk Marudu. Mereka yang berkomunikasi sesama orang laut apabila ditanya dari mana, mereka akan menjawab "Mairu du" atau "Mairu lu " atau dalam bahasa Melayu bererti "di situ juga" ( merujuk kepada kedudukan geografi Teluk Marudu yang membentuk satu lingkungan teluk yang besar). Lama-kelamaan istilah Mairudu bertukar ke marudu dan mailudu menjadi Maludu. Justeru itu, penulis-penulis Barat sering kali merujuk Marudu sebagai Marudu, Marudo atau Maludu.
Nama Marudu atau Marudu mula dipetakan oleh seorang ahli pelayaran Belanda pada tahun 1595 yang belayar dari Brunei melalui Marudu menuju ke Palawan dan seterusnya ke Pulau Sulu. Sewaktu di perairan Marudu beliau telah menemui orang-orang Balanini atau Banaran atau digelar juga oleh orang Sepanyol sebagai "Camucones" yang menjadi askar laut kerajaan Brunei dan Sulu ketika itu. Orang-orang Balanini juga menamakan beberapa tempat di kawasan Teluk Marudu menggunakan bahasa mereka, antaranya ialah " Matunggong" ( bererti di hujung pulau kecil dari kata Ma Tong Gong iaitu sebuah pulau kecil di muara sungai Matunggong di Teluk Marudu), Bak-Bak ( bererti tempat berjumpa dari kata "Bak ", iaitu sekarang Pantai Bak-Bak di Kudat ), Bulih Adjung ( bererti buritan kapal jong dari dua kata iaitu Buli dan Adjung, sebuah tempat berhampiran sungai Tandek, Kota Marudu ),Sampang mangayau ( bererti menemui orang untuk beradu kekuatan, dari kata Sampang dan kata Mangayau ), " Pitas " dari kata "Pi Tas" ( Pitas dalam bahasa Balanini bererti "suatu keadaan yang satu tapi akhirnya tercerai atau terpisah secara tidak sengaja" ), Malubang dari kata "Ma Lobong" yang bererti "di tempat yang ada kuburan", Tombarungus ( dari kata "Tong Ma Rungus" yang bererti "Tanjung hujung yang dipunyai oleh orang Rungus " )dan banyak lagi nama-nama tempat di perairan Teluk Marudu berasal dari perkataan Balanini.
Kota Marudu asalnya bernama Bandau. Nama ini telah digunakan sejak sebelum Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia, sehinggalah tahun 1974. Menurut legenda daerah ini, Bandau adalah terbitan daripada perkataan 'Mondou' daripada diaiek suku Momogun Rungus [Kadazandusun] yang bermaksud "ketua semua binatang buas" yang rupanya seakan-akan musang.Mondou dipercayai pada suatu masa dahulu di jumpai oleh Aki Rungsud kawasan di sepanjang Sungai Bandau.
Manakala nama Kota Marudu yang digunakan untuk menggantikan Bandau adalah sempena peninggalan sebuah kota/kubu yang terletak di Teluk Bandau. Kota atau kubu Marudu merupakan sebuah kota yang diperbuat daripada batu-batu, tanah dan kayu-kayu keras seperti belian dan nibung yang dibuat oleh Shariff Osman dan pengikut-pengikutnya untuk mempertahankan Kota Marudu daripada pencerobohan penjajah Kompeni British. Di kawasan kota ini terdapat beratus-ratus (mungkin ribuan )kuburan-kuburan para pejuang yang berjuang menentang penjajah British dan juga Makam Syariff Osman dan anaknya Syariff Merum. Makam syarif Osman dulunya mempunyai dua batu nisan yang jarak antara keduanya mencapai 20 kaki dan dipercayai memanjang setiap hari. Makam ini dulunya dijaga dan diletakkan kelambu kuning tetapi pada masa ini ia telahpun tidak diurus dan terbiar.
Istilah Syariff Osman adalah lanun sebenarnya adalah istilah yang diberikan oleh Penjajah British untuk memburuk-burukkan nama syariff Osman. Menurut D.s Ranjit Singh, dalam Buku COMMERATIVE HISTORY OF SABAH 1881 - 1981, m.s 96, Syariff Osman diisytiharkan sebagai lanun dan pemberontak oleh Raja Muda Hashim ( Brunei ) dan sekutunya British dan James Brooke kerana Syariff Osman menjadi ancaman kepada pertuanan Brunei di Sabah dan James Brooke di Sarawak serta pihak British. Syariff Osman telah secara terbuka mengisytiharkan sokongannya terhadap Pengiran Yusoff yang berperang dengan Raja Muda Hashim/British dan mengistiharkan bahawa beliau menentang penjajahan British dan mengisytiharkan kerajaan sendiri. Tindakan ini mengugat kekuasaan pihak Brunei,James Brooke dan British. Syariff Osman sebenarnya adalah pemerintah di Kawasan Kota Marudu yang diperuntukkan oleh Sultan Sulu.Isteri Syariff Osman adalah seorang Puteri Sulu dan anak saudara Sultan Sulu.Syariff Osman adalah seorang berketurunan syariff berdarah campuran Suluk/Bajau/Brunei bersepupu dengan Syariff Masyhor di Sarawak yang terlibat menentang penjajah British sehingga dibuang negeri ke Singapura.
Menurut bahasa Momogun Rungus pula,Kota Marudu berasal dari kata bahasa Momogun Rungus iaitu "Sindaat Mogkorudu" di mana kawasan Bandau selama hampir 100 tahun dalam kiraan kalendar Momogun Rungus telah ditinggalkan setelah perang melibatkan Sindaat [sihir] yang dilancarkan oleh Aki Sook, seorang Bobolizan Rovusan. Menurut legenda Momogun Rungus, Bandau telah dibuka oleh Aki Rungsud sebagai satu pusat perdagangan sistem barter pada zaman lampau dan pada zaman Aki Sook telah berlaku perebutan kekuasaan antara Momogun Rungus Pilapazan dan Momogun Rungus Kirangavan yang mengakibatkan perang Sindaat [Sihir]. Setelah Sindaat Mogkorudu dilancarkan pusat perdagangan barter Momogun Purba itu telah ditinggalkan dan dikosongkan selama hampir 100 tahun iaitu selepas melalui kalendar Upacara Mamasi Pomogunan dan Upacara Managas.
Syariff Osman memerintah Marudu atas perkenan Sultan Sulu.Walau bagaimanapun, akhirnya ia mendirikan independent chiefdom yang berkecuali dan disebutkan " many people came to settle under his jurisdiction as he could provide protection and security ". R.S Singh " The Development of Native Administration in Sabah 1877-1946" dalam buku COMMERATIVE HISTORY OF SABAH 1881-1981, m.s. 96.Oleh itu, Syariff Osman sebenarnya adalah seorang Pemerintah Bebas, Pejuang, Pelindung Rakyat Marudu dan bukannya lanun.
Menurut S.St.John dalam bukunya 'Life in the Forests of the Far East', London, 1863, pp.394-6 disebutkan bahawa penduduk yang mendiami Shariff Osman,s Chiefdom ( Marudu atau Maludu)dianggarkan lebih kurang 50,000 orang ( tahun 1840 an ) dan pekerjaan utama penduduknya ialah penternakan dan nelayan.
Syariff Osman terlibat dalam perang menentang penjajah Inggeris sekitar tahun 1840 an. Sehingga pada hari ini Bandau yang dikenali dahulu mengambil nama Sindaat Mogkorudu [Marudu] yang dilancarkan oleh Aki Sook yang berperanan sebagai pelupus dosa-dosa Momogun dalam upacara Agama Labus iaitu agama leluhur Momogun Rungus. Mogkorudu bermakna "meratap atas kematian". Legenda ini terus hidup dalam suku Momogun Rungus.
Manakala dalam Peta Penjajah Sepanyol abad ke-13 Marudu ditulis sebagai Maludu dan dipercayai adalah antara dokumen sejarah tertua yang mencatatkan nama Marudu.
Saya harap info ini dapat menambah pengetahuan kita semua terutama penduduk yang menetap di Daerah Kota Marudu. Thanks for reading. :)

Saturday 29 September 2012

Victory Mini Zoo Farm Kudat, Sabah

siapa bilang kudat tiada tempat menarik? selain daripada rumah panjang tradisi Rungus dan pantai2 yang cantik, ada lagi tempat menarik lain iaitu Mini Zoo Farm yang terletak di Sikuati, Kudat. siapa2 yang belum pernah datang tu jangan lupa datang tau. saya tau selalu kamu limpas2 ja tu tempat kan. ehe. yuran masuk pun x mahal. bagi warganegara dewasa RM5 dan kanak2 RM3. bukan warganegara dewasa RM25 dan kanak2 RM15. macam2 juga binatang yang ada di sana. mula2 memang x yakin itu zoo sebab di sekeliling cuma ada pokok kelapa sawit ja. tapi x datang x tau kan. ehe. kena datang tengok sendiri baru tau. antara binatang yang ada di sini :-

sebenarnya ada banyak lagi. tapi kalau mau tau kenalah datang tengok sendiri. hehehe. tapi sepa2 yang suka sangat pakai seksi tu better jangan. sebab d sana ada banyak tebuan terbang2. mungkin sebab d sana banyak binatang jadi tebuan2 tu hinggap d sana. lagipun tempat tu kawasan sawit. silap2 kena sengat naaa jadi bida itu kulit. hehehhe. thanks for reading. akan sentiasa update macam2 cerita menarik lagi. :))

Monday 17 September 2012

Rumah Panjang Rungus Bavanggazo, Matunggong.

Assalamualaikum...

hari ne mau tunjuk tempat special yang ada di Sabah. terutama di Kota Marudu.

hari ne saya pergi melawat ke Rumah Panjang Rungus. gambar di atas.

ini penunjuk arah kalau yang x tau. rumah panjang ne terletak di daerah Matunggong.


ada yuran masuk tau. tapi harga berpatutan juga bah. ehe. boleh rujuk gambar di atas tu. masuk saja ada macam2 alat tradisional dari suku kaum Rungus yang kita boleh lihat.


tempat yang saya duduk ne dikenali sebagai Ingkodon. digunakan sebagai pelamin kepada si kedua mempelai. ianya diletakkan di luar rumah panjang dan digunaka ketika majlis perkahwinan berlangsung pada suatu masa dahulu.


alat muzik ini dikenali sebagai Sundatang. Sundatang merupakan salah satu alat muzik tradisional suku kaum Rungus. menurut sejarah secara lisan oleh nenek moyang terdahulu, lelaki Rungus menggunakan alat muzik ini sebagai cara untuk memikat hati wanita. namun pada masa kini, alat muzik ini digunakan sebagai hiburan dan persembahan.


ini adalah baju tradisional suku kaum Rungus. secara keseluruhannya, hiasan pada baju ini diperbuat daripada manik. dan proses untuk menghasilkan baju ini memakan masa yang agak lama kerana baju tersebut ditenun sendiri oleh masyarakat Rungus.

bakul ini dikenali sebagai Dokutan. ianya digunakan sebagai tempat untuk menyimpan padi yang telah dituai.


kedua-dua bakul ini mempunyai kegunaan yang sama iaitu untuk dibawa ke kebun. bakul yang warna seakan-akan pink tu nama dia Saging. bakul tersebut hanya dibawa oleh orang perempuan sahaja. dan yang warna brown tu dipanggil Barazit. Barazit pula hanya dibawa oleh orang lelaki sahaja.


ini pula dipanggil Sangit. Sangit ne digunakan sebagai tempat untuk menyimpan air untuk membasuh kaki dan tangan sebelum naik ke rumah panjang.


bekas ini dipanggil Sinompuru. gelas tradisional untuk minum 'montoku', iaitu sejenis wain tradisional yang dibuat sendiri oleh masyarakat Rungus.


batu ini dipanggil Salong. Salong merupakan cecair daripada pokok keras dipanggil Selangan Batu atau nama saintifiknya Shorea Robusta yang terkumpul sejak beratus-ratus tahun dahulu. ianya dijadikan sebagai alat untuk menghidupkan api. namun pada zaman sekarang Salong semakin sukar ditemui.



di luar rumah panjang itu juga ada gerai menjual kraftangan. gambar2 di atas tu antara kraftangan yang dijual di sana. semua handmade tau. masyarkat Rungus sendiri dengan menggunakan manik. cantik2 dan unik2 semua.

sekian sahaja daripada saya. aiseh hehe. bagi yang belum pernah datang tu, datanglah. rugi tinggal di Sabah kalau x mengunjungi tempat2 macam ne. apalagi yang tinggal berdekatan. seriously saya pun baru 1st time datang tempat ne. hehehehhe. :P
thanks for reading, nanti saya update lagi ok. :)

Friday 14 September 2012

Makanan Tradisi di Sabah...


Assalamualaikum semua. :D
okehhh mau tanya kamu pernah nampak ulat ne? haaa. kalau mau tau ulat ne ada dijual juga di pasar. kenapa dijual? sebab ne salah satu makanan tradisi di Sabah. ulat ne nama dia 'butod'.  saya pernah nampak ulat ne time masih budak-budak dulu. sebab dulu saya memang adventurous. ulat ne hidup d batang pokok yang sudah mati. yang dah reput. selalunya hidup di batang pokok kelapa dan 'rumbia' atau nipah. kalau batang pokok tu dah lembut trylah korek. kompom ada tu. hehehhe. tapi geli tu memanglah. sebab ulat ne gerak memang menggelikanlah. saya pernah nampak juga orang makan ne. ada yang makan begitu sahaja cecah dengan limau+lada. ada juga yang bakar atau goreng.  kalau mau tau ulat ne time kena bakar akan sendiri mengeluarkan minyak dari badannya. jadi kalau tengok memang ulat ne lemak berkrim gitu. hehehe. orang yang suka makan sahaja tau sedap atau x ulat ne. tapi saya memang confirm x makanlah. hoho. :P



ini lagi. antara makanan tradisi di sabah juga. yang warna brown tu nama dia 'tuhau' yang warna kuning tu pula 'jeruk bambangan'. kalau yang x biasa makan tuhau ne, rasa dia macam sejenis serangga yang dipanggil pesisang. itu orang sabah panggil. hehehe. jeruk bambangan tu pula dari sejenis buah yang berkulit keras. kulit buah tu warna brown. selalu kedua-dua makanan ne dijadikan sebagai makanan tambahan untuk menambahkan lagi kelazatan makanan. kalau makan dengan ikan goreng pun suda cukup. sedap hingga menjilat jari. kalau mau tau cubalah.


gambar ketiga ne nama dia 'linopot'. nasi yang dibungkus menggunakan daun. sekarang ne daun yang selalu kena guna bungkus linopot dulu-dulu lagi dah kurang. jadi sekarang orang selalu guna daun tarap. sebelum bungkus daun tu perlu dibersihkan sebab daun tarap ne ada bulu-bulu halus yang gatal tu. tapi jangan risaulah. sebab orang sabah memang hebat. dijamin selamat untuk dimakan. sedap lagi. :). kalau dulu-dulu dalam pesta keramaian jarang guna pinggan. orang bungkus nasi macam ne jak. sekarang pun masih lagi. sebab tu sampai sekarang makanan tradisi yang dipanggil linopot ne masih segar dalam ingatan orang sabah. rasa dia? memang lain daripada nasi yang kita makan atas pinggan. lagi sedap makan atas daun ne. yang membezakan adalah haruman yang keluar. nasi kena bungkus daun ne lagi harum. ohya mau tau kenapa kaler dia lain? sebab nasi yang di atas tu dicampur dengan ubi manis.

okehh penat sudah jari saya ne. nanti saya sambung balik update pasal makanan tradisi sabah. ada baaaaaaaaaaaaaaaaanyakkk lagi. dan memang special-special semua. lain dari yang lain. sebab tu sabah sentiasa menjadi tumpuan utama pelancong dari luar negara. sebab keunikan yang ada di sabah. SAYA BERBANGGA JADI ANAK SABAH. :)    

Thursday 13 September 2012

kenangan zaman kanak2 dulu. :)

ok ne gambar-gambar semua saya ambil dari page Sabahan Troll. ada tu dalam facebook cari ja. :). sorry ah ambil x kasitau. hehehe. gambar-gambar ne memang semua saya pernah lalui time zaman kanak-kanak dulu. mengimbas kembali la ne konon. :D


dari sekolah rendah sampai sekolah menengah kalau ini memang x pernah pun berubah. apalagi kalau subjek yang guru ajar tu saya memang x suka. paling hepi lah kalau cikgu x jadi masuk kelas. yahuuuu!! XD


time kecil-kecil dulu. kalau mum n dad jalan gi pekan tu, kami menunggu ja d rumah. dalam fikiran mesti ada kuih kena bawa balik. hehehe. adakah patut. mama sama bapa balik dulu tanya pasal kuih. ahaha. tapi memang bestlah time kecil-kecil dulu. :)


naaa ini lagi. kalau kasi nangis budak kecil terus kasi salah orang lain. bukan apa, takut kena marah oleh bapa tu budak. hahahha. :P


hahahahha!! ini lagi. time sekolah menengah pun masih buat ne. beganti-ganti lagi. kalau yang xpernah try tu mau tau apa rasa dia? gatal-gatal tapi nampak tu? sadapp kan bilang dorang. hahahhaha.


ini memang betul. time saya dengan adik-adik masih kecil dulu pun camnilah. berebut mau tiup lilin. hepi besday kunun. hahahha. rindunyaaaaa.


ahaaa!! time sekolah menengah saya duduk di tengah okay. jadi saya ne half saja. x nakal. hehehhe. :P


kalau mau tau dalam jadual bertugas ne paling saya x suka lap cermin sama menyapu. bah sudah sapu pun behabuk balik. dalam kelas pakai kasut juga. paling saya suka giliran angkat susu sekolah. hehehhe. itu time sekolah rendah. :)


aaaaa! ini sama jak macam yang cucuk mata tu. p atas balik tengok. hehehe. tapi ne lagi best. boleh tetidur ne kalau orang lain tolong cucuk. tapi sekali keluar kasi kena orang sebab ada taik telinga!! huahaha! XD


ne memang wajib terutama student yang tinggal asrama. 3 tahun saya tinggal asrama time sekolah menengah, tiap kali balik d rumah, balik p asrama mesti beli selipar baru. sudah kena tanda kena potong-potong pun masih lagi kena curi. alahai.

memang sweet memory lah semua tu. kalau ingat balik memang rindu sangat-sangat. kalau masa boleh diputarkan mau juga merasa balik zaman budak-budak dulu. apa pun zaman kanak-kanak saya memang bermakna sebab semua d atas tu saya sudah lalui. ada banyak lagi actually. tapi nanti lagi sambung k. penat bah jari menaip. hehe. :)