Falling Object

Monday 17 September 2012

Rumah Panjang Rungus Bavanggazo, Matunggong.

Assalamualaikum...

hari ne mau tunjuk tempat special yang ada di Sabah. terutama di Kota Marudu.

hari ne saya pergi melawat ke Rumah Panjang Rungus. gambar di atas.

ini penunjuk arah kalau yang x tau. rumah panjang ne terletak di daerah Matunggong.


ada yuran masuk tau. tapi harga berpatutan juga bah. ehe. boleh rujuk gambar di atas tu. masuk saja ada macam2 alat tradisional dari suku kaum Rungus yang kita boleh lihat.


tempat yang saya duduk ne dikenali sebagai Ingkodon. digunakan sebagai pelamin kepada si kedua mempelai. ianya diletakkan di luar rumah panjang dan digunaka ketika majlis perkahwinan berlangsung pada suatu masa dahulu.


alat muzik ini dikenali sebagai Sundatang. Sundatang merupakan salah satu alat muzik tradisional suku kaum Rungus. menurut sejarah secara lisan oleh nenek moyang terdahulu, lelaki Rungus menggunakan alat muzik ini sebagai cara untuk memikat hati wanita. namun pada masa kini, alat muzik ini digunakan sebagai hiburan dan persembahan.


ini adalah baju tradisional suku kaum Rungus. secara keseluruhannya, hiasan pada baju ini diperbuat daripada manik. dan proses untuk menghasilkan baju ini memakan masa yang agak lama kerana baju tersebut ditenun sendiri oleh masyarakat Rungus.

bakul ini dikenali sebagai Dokutan. ianya digunakan sebagai tempat untuk menyimpan padi yang telah dituai.


kedua-dua bakul ini mempunyai kegunaan yang sama iaitu untuk dibawa ke kebun. bakul yang warna seakan-akan pink tu nama dia Saging. bakul tersebut hanya dibawa oleh orang perempuan sahaja. dan yang warna brown tu dipanggil Barazit. Barazit pula hanya dibawa oleh orang lelaki sahaja.


ini pula dipanggil Sangit. Sangit ne digunakan sebagai tempat untuk menyimpan air untuk membasuh kaki dan tangan sebelum naik ke rumah panjang.


bekas ini dipanggil Sinompuru. gelas tradisional untuk minum 'montoku', iaitu sejenis wain tradisional yang dibuat sendiri oleh masyarakat Rungus.


batu ini dipanggil Salong. Salong merupakan cecair daripada pokok keras dipanggil Selangan Batu atau nama saintifiknya Shorea Robusta yang terkumpul sejak beratus-ratus tahun dahulu. ianya dijadikan sebagai alat untuk menghidupkan api. namun pada zaman sekarang Salong semakin sukar ditemui.



di luar rumah panjang itu juga ada gerai menjual kraftangan. gambar2 di atas tu antara kraftangan yang dijual di sana. semua handmade tau. masyarkat Rungus sendiri dengan menggunakan manik. cantik2 dan unik2 semua.

sekian sahaja daripada saya. aiseh hehe. bagi yang belum pernah datang tu, datanglah. rugi tinggal di Sabah kalau x mengunjungi tempat2 macam ne. apalagi yang tinggal berdekatan. seriously saya pun baru 1st time datang tempat ne. hehehehhe. :P
thanks for reading, nanti saya update lagi ok. :)

1 comment:

  1. kuran kapanahan sino ot dang rombongan , yadko tongo rombongan keluarga ka antawa nga gereja .. varo ka ilo ?

    ReplyDelete