Falling Object

Saturday 29 September 2012

Victory Mini Zoo Farm Kudat, Sabah

siapa bilang kudat tiada tempat menarik? selain daripada rumah panjang tradisi Rungus dan pantai2 yang cantik, ada lagi tempat menarik lain iaitu Mini Zoo Farm yang terletak di Sikuati, Kudat. siapa2 yang belum pernah datang tu jangan lupa datang tau. saya tau selalu kamu limpas2 ja tu tempat kan. ehe. yuran masuk pun x mahal. bagi warganegara dewasa RM5 dan kanak2 RM3. bukan warganegara dewasa RM25 dan kanak2 RM15. macam2 juga binatang yang ada di sana. mula2 memang x yakin itu zoo sebab di sekeliling cuma ada pokok kelapa sawit ja. tapi x datang x tau kan. ehe. kena datang tengok sendiri baru tau. antara binatang yang ada di sini :-

sebenarnya ada banyak lagi. tapi kalau mau tau kenalah datang tengok sendiri. hehehe. tapi sepa2 yang suka sangat pakai seksi tu better jangan. sebab d sana ada banyak tebuan terbang2. mungkin sebab d sana banyak binatang jadi tebuan2 tu hinggap d sana. lagipun tempat tu kawasan sawit. silap2 kena sengat naaa jadi bida itu kulit. hehehhe. thanks for reading. akan sentiasa update macam2 cerita menarik lagi. :))

Monday 17 September 2012

Rumah Panjang Rungus Bavanggazo, Matunggong.

Assalamualaikum...

hari ne mau tunjuk tempat special yang ada di Sabah. terutama di Kota Marudu.

hari ne saya pergi melawat ke Rumah Panjang Rungus. gambar di atas.

ini penunjuk arah kalau yang x tau. rumah panjang ne terletak di daerah Matunggong.


ada yuran masuk tau. tapi harga berpatutan juga bah. ehe. boleh rujuk gambar di atas tu. masuk saja ada macam2 alat tradisional dari suku kaum Rungus yang kita boleh lihat.


tempat yang saya duduk ne dikenali sebagai Ingkodon. digunakan sebagai pelamin kepada si kedua mempelai. ianya diletakkan di luar rumah panjang dan digunaka ketika majlis perkahwinan berlangsung pada suatu masa dahulu.


alat muzik ini dikenali sebagai Sundatang. Sundatang merupakan salah satu alat muzik tradisional suku kaum Rungus. menurut sejarah secara lisan oleh nenek moyang terdahulu, lelaki Rungus menggunakan alat muzik ini sebagai cara untuk memikat hati wanita. namun pada masa kini, alat muzik ini digunakan sebagai hiburan dan persembahan.


ini adalah baju tradisional suku kaum Rungus. secara keseluruhannya, hiasan pada baju ini diperbuat daripada manik. dan proses untuk menghasilkan baju ini memakan masa yang agak lama kerana baju tersebut ditenun sendiri oleh masyarakat Rungus.

bakul ini dikenali sebagai Dokutan. ianya digunakan sebagai tempat untuk menyimpan padi yang telah dituai.


kedua-dua bakul ini mempunyai kegunaan yang sama iaitu untuk dibawa ke kebun. bakul yang warna seakan-akan pink tu nama dia Saging. bakul tersebut hanya dibawa oleh orang perempuan sahaja. dan yang warna brown tu dipanggil Barazit. Barazit pula hanya dibawa oleh orang lelaki sahaja.


ini pula dipanggil Sangit. Sangit ne digunakan sebagai tempat untuk menyimpan air untuk membasuh kaki dan tangan sebelum naik ke rumah panjang.


bekas ini dipanggil Sinompuru. gelas tradisional untuk minum 'montoku', iaitu sejenis wain tradisional yang dibuat sendiri oleh masyarakat Rungus.


batu ini dipanggil Salong. Salong merupakan cecair daripada pokok keras dipanggil Selangan Batu atau nama saintifiknya Shorea Robusta yang terkumpul sejak beratus-ratus tahun dahulu. ianya dijadikan sebagai alat untuk menghidupkan api. namun pada zaman sekarang Salong semakin sukar ditemui.



di luar rumah panjang itu juga ada gerai menjual kraftangan. gambar2 di atas tu antara kraftangan yang dijual di sana. semua handmade tau. masyarkat Rungus sendiri dengan menggunakan manik. cantik2 dan unik2 semua.

sekian sahaja daripada saya. aiseh hehe. bagi yang belum pernah datang tu, datanglah. rugi tinggal di Sabah kalau x mengunjungi tempat2 macam ne. apalagi yang tinggal berdekatan. seriously saya pun baru 1st time datang tempat ne. hehehehhe. :P
thanks for reading, nanti saya update lagi ok. :)

Friday 14 September 2012

Makanan Tradisi di Sabah...


Assalamualaikum semua. :D
okehhh mau tanya kamu pernah nampak ulat ne? haaa. kalau mau tau ulat ne ada dijual juga di pasar. kenapa dijual? sebab ne salah satu makanan tradisi di Sabah. ulat ne nama dia 'butod'.  saya pernah nampak ulat ne time masih budak-budak dulu. sebab dulu saya memang adventurous. ulat ne hidup d batang pokok yang sudah mati. yang dah reput. selalunya hidup di batang pokok kelapa dan 'rumbia' atau nipah. kalau batang pokok tu dah lembut trylah korek. kompom ada tu. hehehhe. tapi geli tu memanglah. sebab ulat ne gerak memang menggelikanlah. saya pernah nampak juga orang makan ne. ada yang makan begitu sahaja cecah dengan limau+lada. ada juga yang bakar atau goreng.  kalau mau tau ulat ne time kena bakar akan sendiri mengeluarkan minyak dari badannya. jadi kalau tengok memang ulat ne lemak berkrim gitu. hehehe. orang yang suka makan sahaja tau sedap atau x ulat ne. tapi saya memang confirm x makanlah. hoho. :P



ini lagi. antara makanan tradisi di sabah juga. yang warna brown tu nama dia 'tuhau' yang warna kuning tu pula 'jeruk bambangan'. kalau yang x biasa makan tuhau ne, rasa dia macam sejenis serangga yang dipanggil pesisang. itu orang sabah panggil. hehehe. jeruk bambangan tu pula dari sejenis buah yang berkulit keras. kulit buah tu warna brown. selalu kedua-dua makanan ne dijadikan sebagai makanan tambahan untuk menambahkan lagi kelazatan makanan. kalau makan dengan ikan goreng pun suda cukup. sedap hingga menjilat jari. kalau mau tau cubalah.


gambar ketiga ne nama dia 'linopot'. nasi yang dibungkus menggunakan daun. sekarang ne daun yang selalu kena guna bungkus linopot dulu-dulu lagi dah kurang. jadi sekarang orang selalu guna daun tarap. sebelum bungkus daun tu perlu dibersihkan sebab daun tarap ne ada bulu-bulu halus yang gatal tu. tapi jangan risaulah. sebab orang sabah memang hebat. dijamin selamat untuk dimakan. sedap lagi. :). kalau dulu-dulu dalam pesta keramaian jarang guna pinggan. orang bungkus nasi macam ne jak. sekarang pun masih lagi. sebab tu sampai sekarang makanan tradisi yang dipanggil linopot ne masih segar dalam ingatan orang sabah. rasa dia? memang lain daripada nasi yang kita makan atas pinggan. lagi sedap makan atas daun ne. yang membezakan adalah haruman yang keluar. nasi kena bungkus daun ne lagi harum. ohya mau tau kenapa kaler dia lain? sebab nasi yang di atas tu dicampur dengan ubi manis.

okehh penat sudah jari saya ne. nanti saya sambung balik update pasal makanan tradisi sabah. ada baaaaaaaaaaaaaaaaanyakkk lagi. dan memang special-special semua. lain dari yang lain. sebab tu sabah sentiasa menjadi tumpuan utama pelancong dari luar negara. sebab keunikan yang ada di sabah. SAYA BERBANGGA JADI ANAK SABAH. :)    

Thursday 13 September 2012

kenangan zaman kanak2 dulu. :)

ok ne gambar-gambar semua saya ambil dari page Sabahan Troll. ada tu dalam facebook cari ja. :). sorry ah ambil x kasitau. hehehe. gambar-gambar ne memang semua saya pernah lalui time zaman kanak-kanak dulu. mengimbas kembali la ne konon. :D


dari sekolah rendah sampai sekolah menengah kalau ini memang x pernah pun berubah. apalagi kalau subjek yang guru ajar tu saya memang x suka. paling hepi lah kalau cikgu x jadi masuk kelas. yahuuuu!! XD


time kecil-kecil dulu. kalau mum n dad jalan gi pekan tu, kami menunggu ja d rumah. dalam fikiran mesti ada kuih kena bawa balik. hehehe. adakah patut. mama sama bapa balik dulu tanya pasal kuih. ahaha. tapi memang bestlah time kecil-kecil dulu. :)


naaa ini lagi. kalau kasi nangis budak kecil terus kasi salah orang lain. bukan apa, takut kena marah oleh bapa tu budak. hahahha. :P


hahahahha!! ini lagi. time sekolah menengah pun masih buat ne. beganti-ganti lagi. kalau yang xpernah try tu mau tau apa rasa dia? gatal-gatal tapi nampak tu? sadapp kan bilang dorang. hahahhaha.


ini memang betul. time saya dengan adik-adik masih kecil dulu pun camnilah. berebut mau tiup lilin. hepi besday kunun. hahahha. rindunyaaaaa.


ahaaa!! time sekolah menengah saya duduk di tengah okay. jadi saya ne half saja. x nakal. hehehhe. :P


kalau mau tau dalam jadual bertugas ne paling saya x suka lap cermin sama menyapu. bah sudah sapu pun behabuk balik. dalam kelas pakai kasut juga. paling saya suka giliran angkat susu sekolah. hehehhe. itu time sekolah rendah. :)


aaaaa! ini sama jak macam yang cucuk mata tu. p atas balik tengok. hehehe. tapi ne lagi best. boleh tetidur ne kalau orang lain tolong cucuk. tapi sekali keluar kasi kena orang sebab ada taik telinga!! huahaha! XD


ne memang wajib terutama student yang tinggal asrama. 3 tahun saya tinggal asrama time sekolah menengah, tiap kali balik d rumah, balik p asrama mesti beli selipar baru. sudah kena tanda kena potong-potong pun masih lagi kena curi. alahai.

memang sweet memory lah semua tu. kalau ingat balik memang rindu sangat-sangat. kalau masa boleh diputarkan mau juga merasa balik zaman budak-budak dulu. apa pun zaman kanak-kanak saya memang bermakna sebab semua d atas tu saya sudah lalui. ada banyak lagi actually. tapi nanti lagi sambung k. penat bah jari menaip. hehe. :)